Monday, January 30, 2012

Kecewa?


OH Awak! Terima Kasih kerana memberi secebis idea untuk saya menulis.

Kecewa? Kenapa? Awak semua pernah kecewa jugak ke?

Dalam pompang pom pang mercun dilangit ni, hati daku tak semeriah itu. Malah ada menyimpan sedikit luka. Tapi tak perlulah dinyatakan semuanya di sini. Jadi berbalik pada topik. Anda pernah kecewa?
Semua orang pernah bukan? Walau sekelumit pun, tak kiralah dari zaman bila anda datang. Kalau tiada perasaan ini, anda bukanlah manusia.

Hatimu Kuciwa kerana apa?

Sebab musabab itu mestilah banyak. Ada yang kecewa sebab benda remeh temeh saja. Coklat yang mak beli semalam adik dah makan. Ayah tak ajak tengok wayang. Kawan sebelah rumah dapat helikopter mainan baru. Semua itu mengundang kecewa. Tapi bahana kecewa paling besar adalah apabila orang kecewa bercinta.

Kecewa Bercinta paling bahana? Kenapa?

Kerana mampu membunuh. Bukan bunuh diri sendiri saja tetapi orang lain yang juga terlibat dalam episod duka dalam cinta. Sebab itulah pentingnya tiang agama di sini. Kecewa mana pun kita, janganlah lupa pada Maha Pencipta, Allah yang memberi hidup dan mati. Dia saja yang berhak menarik nyawa, jadi jangan pandai-pandai nak playing to be god here.

Bagaimana menangani kecewa?

Episod cinta inilah yang paling susah untuk diuruskan. Walau bagaimana kuat pun kita, mahu juga menitiskan air hikmat itu. Namun percayalah, tidak salah untuk mengesali dan menangis. Sekurang-kurangnya beban kurang. Derita juga tidak melarat. Jika ada teman baik, berkongsilah perasaan anda. Jangan dipendam, lama-lama meletup. Susah pulak nanti. Lalui semua fasa-fasa kekecewaan ini dengan tenang, fikir semuanya dengan ringkas dan jangan merumitkan keadaan. Tapi jangan pulak terlalu ringkas sampai ambil keputusan cabut nyawa sendiri yaa.. Yang paling penting, bermohonlah kepada Tuhan agar ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. Semoga anda terus bersemangat melalui hari-hari yang mendatang.

Awak pernah kecewa dan dikecewakan?

Are you the one that got away?

Are You The One That Got Away?


I hope you're not because I'll pray day and night for you to stay.

Friday, January 27, 2012

Ally Iskandar, Farah Lee dan Cinta Selepas Kahwin


Assalamualaikum !

Hari ini nak bercerita tentang dua orang ini yang telah dijodohkan bersama pada tanggal 20 Januari 2012 lepas di Masjid Terengganu dengan keadaan yang serba sederhana. 

Yang lelakinya dikenali ramai, selebriti di stesen TV terkemuka (tempat idaman pekerjaanku). Manakala yang wanitanya, seorang gadis biasa yang masih menuntut di negara menjadi sebutan ramai dan ada yang sampai demam-demam terkena penangan artis dari negara ini.

Siapa lagi kalau bukan Ally Iskandar pengacara TV3 tu dengan Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan nama bloggernya Farah Lee.

Ironinya perkahwinan dua merpati sejoli ini adalah mereka mempunyai jarak usia yang agak berbeza iaitu 13 tahun (Siti lagi dasyat 20 tahun beza *jgn marah ya kak siti) dan mereka telah berkahwin tanpa bercinta dahulu.

Buat seorang lelaki yang dikenali ramai dan berada di kalangan kelompok penuh sosial seperti Ally ia suatu yang berbeza dan mengejutkan. Ally sudah lepas usia 30an dan masih tercari-cari pasangan yang terbaik dalam hidupnya. Dapat dilihat juga keikhlasan Ally dalam mencari jodoh apabila dalam suatu sesi temuramah bersama GUA Ally ada menyatakan yang dia bukan main-main dan memang mencari seorang isteri. Saya rasakan Ally membuat pilihan yang tepat dengan memilih Farah oleh kerana akhlaknya yang baik, penuh budi pekerti dan tidak mencari populariti. Semua ini boleh dilihat melalui penulisan-penulisan Farah di blognya yang bernama KUNFAYAKUN.

Mungkin sedikit cabaran buat Farah dalam meniti gerbang perkahwinan ini. Saya bukanlah orang berpengalaman dalam perkahwinan, baru umur 21 dan belum kahwin pun. Tapi bagi Farah yang masih muda, belum tamat pengajian (masih berbaki setahun kalau tak silap) dan duduk berjauhan dari sang suami, kalau saya di tempat dialah susah juga nak sesuaikan dengan keadaan. Ally nampaknya kena bagi banyak ruang untuk Farah mengadaptasi keadaan dan tumpuan kepada pengajian.

Tapi walau apa pun, perkahwinan mereka tetap yang terbaik dan menjadi idaman para adam dan hawa sekarang ni. Jarang-jarang dah sekarang orang kahwin tak bercinta dan arrange marriage ni. Sekarang kat TV pun banyak drama yang berkisahkan kahwin muda dan diatur keluarga, End up memang bahagia. Macam kisah nenda-nenda kita dahulu. So apa kata kalau kita semarakkan lagi keadaan ni? hehe Bercinta selepas kahwin. 

Amacam? Okey ke tidak??  

Thursday, January 26, 2012

Nukilan Cinta Buat Awak


Jarang sekali nukilanku berbaur aprisiasi kepada mana-mana pihak. Memang ada tapi dulu. Aprisiasi nukilan itu  bagi mereka yang benar-benar menyentuh lautan dalam hati ini. Namun kali ini barangkali nukilan ini lebih kepada prakata dan hadiah kepada yang telah berjaya menaikkan meter semangat untuk menulis setelah sekian lama membisu.

Awak memang benar-benar mahu saya bercerita tentang cinta?

Pernah saya katakan, cinta itu luas. Terlalu banyak bahagiannya. Walau dihiris seribu pun masih ada bahagian yang tertinggal. Definisi 'Cinta' juga mudah untuk dikata tetapi tidak mudah untuk diselami. Cinta adalah perasaan luar biasa yang memungkinkan kita untuk melakukan seribu macam perkara tak kiralah sama ada ia baik seperti pengorbanan dan kasih sayang sehinggalah perkara yang paling jahat seperti membunuh kepada mereka tak kiralah siapa orangnya. Boleh jadi bonda kita, kakak, adik, makcik, pakcik, nenek, saudara mara jauh mahupun dekat ATAUPUN mereka yang tiada langsung ikatan tali kekeluargaan dengan kita. DAN tidak dilupakan Tuhan yang memberi kita hidup serta mematikan kita.

Jadi, bahagian mana yang saya pilih?

Sudah tentu penceritaan ini terjurus kepada Cinta yang semua orang agungkan. Cinta yang semua orang rasa sakit dan peritnya. Aku jua melaluinya. Penat sudah melalui dua puluh satu tahun dengan nista cinta. Dari yang tuli mengenai hal-hal cinta dan diperbodohkan sehinggalah menjadi bahan ujikaji cinta. Tidak apa, bertemu dengan orang yang salah tidak bermakna kita salah. Bertemu dengan yang salah itulah yang membawa kita kepada yang azali, yang sebenar-benarnya cinta abadi.

 Tapi bukan itu yang aku mahu cerita.
Sakit dan perit cinta adalah sebahagian dari rencah hidup. Mahu tak mahu semua harus melaluinya.

Biarlah saya bercerita tentang apa yang kita semua mahu di dalam cinta

Kita semua mahukan kebahagiaan. Kita semua mahukan kasih sayang. Kita semua mahukan.. semua yang baik-baik saja. Tetapi kita juga lupa kita manusia yang tidak maksum. Kita akan tetap melakukan kesalahan dan menyakiti orang lain. Bak kata Izzah, Cinta itu tidak kejam cuma manusia yang tidak tahu menghargainya. Jadi janganlah meletakkan penanda aras dalam cinta. Biar ia biasa-biasa yang penting berkahnya di sisi Allah Yang Maha Esa.

Kita juga berkehendakan pasangan yang romantis, baik hati, beragama, penyayang dan... segala list-list lelaki atau wanita Melayu sejati. Tapi kita mungkin masih belum melihat cerminan diri sendiri. Sempurnakah aku juga? Layakkah aku jadi pasangannya? Hina sangatkah dia untuk berada disisi ku? Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang tidak memilih. Sedang yang hodoh mahukan pasangan yang cantik, inikan pula yang jelita bagai puteri, mahukah dia berpasangan hodoh? Oleh itu lah Tuhan telah menetapkan tiap-tiap orang jodoh. Macam mana memilih pun, jodoh tidak mampu di halang. Ia pasti akan terjadi.

Apa sebenarnya yang aku mahukan?

Aku tidak mahu terlebih juga tidak mahu terkurang. Aku mungkin memilih tetapi aku menerima seadanya. Aku hanya mahukan cinta yang suci, cinta yang bukan untuk dimain-mainkan. Cinta yang bukan sia-sia. Cinta yang bukan sekejap cuma. Ia untuk seumur hayat dan selama-lamanya hingga di Syurga. Aku serius mengenai cinta. Dan cintailah aku jua seadanya.
Dan satu soalan untuk awak...

Awak rasa cinta itu macam mana? 

Wednesday, January 25, 2012

Karya-karya buat Anda :)


Syaida dah update dua cerpen hasil karya sendiri di blog ini. If you guys ada masa you all can always read it here dengan menekan tajuk cerpen dekat pages di atas. Korang akan directly directed to that page.

two of the short stories are :

Tarian Cinta

Izzanna (pernah publish di penulisan2u last year)

Happy Reading :)
Do comments if you have time
Thank You 



Buka Jendela BARU


Bersempena 2012 ini, syaida dah membuat keputusan untuk membuka jendela baru dalam hidup ini.
Teringin mahu menulis lagi seperti dulu dan kini lebih komited.
Oleh itu, syaida telah mengemaskini blog ni semula dan merancang nak buat blog ni sebagai platform untuk letakkan karya-karya cerpen yang syaida penah buat.

Hope you guys enjoy :)

Syaida