Friday, February 17, 2012

Cinta yang tak terluah


Pernah menghadapi sebuah cinta yang tak terluah dengan kata-kata?

Mungkin tidak perlu saya bertanyakan lagi, sudah ada yang mengangguk-angguk perlahan tanda setuju.

Apa itu cinta tak terluah?
Cinta tak terluah dengan kata-kata adalah apabila cinta itu hanya disimpan di hati untuk tiada siapa mengetahui.
Anda mungkin melihat dan mendengar mengenai orang yang dicintai dari jauh dan senyap-senyap.
Ia juga boleh berlaku sesama rakan baik anda.
Anda mungkin bercakap dengannya setiap hari, namun isi hati yang tersirat tidak dibongkar di antara anda dan teman.

Cinta ini memusnahkankah?
Iya, cinta ini bisa membinasakan.
Malah ia juga membawa masalah berat kepada hati.
Setiap kali rakan atau orang yang berkenaan berdekatan mahupun berjauhan dari anda, anda pasti merasakan sakit di hati.

Perkara yang terbaik untuk di lakukan?
Sama ada berdiam,
atau bercakap.
Kedua-duanya mempunyai impak yang besar dalam hidup.
Jikalau berdiam, mungkin cinta dan rasa hati ini di bawa sampai ke kubur. Mungkin juga anda akan menderita.
Jikalau diluah, ada baiknya jika cinta diterima. Ada pula buruknya, apabila cinta ditolak mentah-mentah.

Baik-buruk semua ini, kunci utamanya adalah.. KEBERANIAN
Berani menerima apa sahaja kemungkinan.

Mungkinkah cinta ini bakal terungkap? Anda saja yang tahu. 


No comments:

Post a Comment